Thursday, 25 October 2012

PENARIK REZEKI..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”





Hari ini,saya hendak berkongsikan satu cara-car untuk menunaikan solat sunat Dhuha.Mungkin ada antara kawan-kawan yang pernah mendengar mengenai solat sunat ini..Solat sunat Dhuha dilakukan bermula jam 8 pagi sehingga sebelum masuk waktu zohor.Jumalh rakaat yang boleh dilakukan adalah bermula 2 rakaat sehingga 12 rakaat dan setiap 2 rakaat, 1 salam atau 4 rakaat , 1 salam.


Cara mengerjakannya ialah sama seperti solat-solat yang lain CUMA:
  1. Berniat "usolli sunnatan dhuha rak'ataini lillahi Taala"(dalam bahasa arab) yang bermaksud "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
  2. Membaca surah Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha pada rakaat pertama 
  3. Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas pada rakat kedua
  4. Pada sujud yang terakhir,bacalah YA WAHHAB sebanyak 40 kali ..atau semampu yang boleh.
  5. Setelah selesai memberi salam,bacalah doa...
           maksudnya;


“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Kelebihan :

  • Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha.


  •  Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) 

Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. Dan juga solat 'magnet' rezeki!
  • " Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar " Hadis riwayat Muslim
                                                    #ayuh kita solat dhuha..=)

No comments:

Post a Comment