Sunday, 7 October 2012

anda bijak?jom jawab

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Untuk entry kali ni,saya akan membawa sahabat sekalian bermain dan berfikir..
mungkin ada yang seharian telah menghabiskan masa untuk belajar dan bekerja..
tak pe..e2 semua adalah "SAHAM ANDA DI AKHIRAT".Asalkan anda ikhlas dan bersungguh-sungguh..

Baiklah..jom kita mula bermain dan berfikir...sila kirakan berapa jawapan anda yang betul ea....=)




Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya memberikan jawapan seperti orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali kemudiannya menjelaskan yang semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘Mati’ kerana Allah SWT telah berfirman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran ;185)


kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah ‘Masa Lalu’. Bagaimanapun keadaan kita, apapun kenderaan yang kita gunakan,  kita tetap tidak boleh kembalikan masa lalu. Oleh sebab itu, kita haruslah menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang selari dengan syariat Islam.


 ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘Nafsu’ (Al A’Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.





keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”. Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan kalian benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah ‘Memegang Amanah’ (Al Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanah-Nya.
 
kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”. Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah ‘Meninggalkan Solat’. Gara-gara sibuk dengan kerja di dunia kita tinggalkan solat sedangkan solat itu adalah tiang agama.
 






enam adalah ,"Apakah yang paling tajam di dunia??".Murid-muridnya menjawab dengan serentak,pedang,.Benar kata Imam Ghazali,tapi yang paling tajam adalah 'Lidah Manusia'.Kerana melalui lidah,manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Ha...berapa skor anda?????Baiklah syukran banyak-banyak sebab menjawab.
Buat pengetahuan semua,soalan yang saya tanyakan tadi adalah amanat Imam Ghazali kepada anak-anak muridnya,,kesemuanya mesti kita ketahui untuk menjadi panduan dalam kehidupan kita,,,ia adalah 6 perkara paling...







Sebagai seorang manusia biasa,kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.Namun,dengan berbekalkan  akal fikiran,kita seharusnya menggunakan kurnianNya itu dengan sebaik-baiknya untuk menilai semula tindakan kita itu adakah ia selari dengan syariat atau sebaliknya,dan kita seharusnya bersyukur sekiranya kita masih diberikan peluang untuk memperbaiki semula kesilapan yang telah kita lakukan dan bertaubat kepadanNya.. kerana Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang pada hamba-hambaNya..


#Ayuh kita memburu cintaNya,,,=)


No comments:

Post a Comment