Monday, 6 May 2013

KuNJuNgan PerTaMa =)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.....semoga semua dalam keadaan baik dan sihat selalu insyaALLAH..^_^,,Sudah lama rasanya ku biarkan blog ini berhabuk..meh sini kita kasi kilat cikit...tapi tak boleh lama lama...Ada masa kita datang lagi..


#walaupun sedikit,tp kuharap ia bermanfaat buat semua...amin...

Saturday, 2 March 2013

DaHsYaTnya cabaran PELAJAR..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar sahabat sekalian??mudah -mudahan sihat dibawah lindunganNya..INSYAALLAH...
ALHAMDULILLAH..selesai juga saya membaca buku motivasi kat bawah ni..

.

Ha...buku ni best sngt2....untuk adk2 yg baru nk masuk alam universiti tu,bwk2 la beli buku ni.daripada beli majalah yang tak berfaedah..sebab buku betul2 bagi adk2 pesediaan untuk tempuhi alam universiti..alam universiti ni lain tau..x macam zaman kat sekolah ataupon matrik...buku ni .x mahal pon...ilmu didalamnya lagi mahal...betul,mmg x tipu...=)..untuk student2 yg dh msk u tu,boleh jugak baca buku ni...sbb buku ni merangkumi semua aspek yg student alami..n sedikit sebanyak bagi kita idea untuk selesaikan masalah yang dihadapi..


#moga bermanfaat...=)

Wednesday, 13 February 2013

DoNt ForGet ALLAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
ALHAMDULILLAH wa syukurillah atas segala nikmat kurniaanNya..


Alkisahnya lagu ni dah lama saya hendak share di blog ini..tapi masa itu belum ada kesempatan lagi..Lirik lagu ni banyak mengingatkan kita kepada Allah..moga terhibur...

#jadikanlah hiburan yang didengar sebagai hiburan pendidik jiwa..=)








kasih sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,
ALHAMDULILLAH wa syukurillah atas segala nikmat kurniaanNYA.Dengan izinNya dapat lagi kita menyedut udara yang paling berharga di dunia ini yang membolehkan kita terus hidup..


Sahabat seagama sekalian,ayuh sama-sama kita membanteras "Valentines day".Masih ramai lagi yang sayang kepada anda..jangan jadikan kekasih anda sebagai titik terakhir kehidupan anda sebelum ada ikatan yang sah iaitu pernikahan..

Hari-hari merupakan hari kekasih iaitu kepada kekasih kita  ALLAH S.W.T dan Rasulullah..Kasih sayang dan cintaNya lebih berharga dari segala-galanya..

#sama-sama kita tingkatkan keimanan kita..

Tuesday, 22 January 2013

RiNdu RaSuLuLLaH ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah wa syukurillah atas segala nikmat kurniaanNYA di atas muka bumi ini..selawat dan salam keatas junjungan kita  Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga dan sahabat baginda..Tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..Rahmat kasih sayang saya limpahkan buat pembaca sekalian...

Sedar tidak sedar,kita bakal menghadapi satu hari yang paling besar ertinya buat semua orang islam..iaitu Hari Kelahiran nabi kita iaitu MUHAMMAD S.A.W..Baginda yang telah banyak berjuang untuk umatnya sehinggakan sampai ke akhir hayat baginda juga masih lagi memikirkan umatnya..SUBHANALLAH betapa besarnya cinta baginda kepada kita..

Tetapi kita........adakah kita mengingati baginda??mungkin kita akan mengatakan "saya cinta RASULULLAH"tetapi apa buktinya cinta kita kepada baginda??ada kita menghidupkan sunnah baginda...??tanya diri sendiri ,jawapan dalam dada masing-masing...


Jadi, ayuh sahabat kita berselawat tanda kita mengingati baginda...kata guru saya,paling tidak,setiap hari pagi dan mlm cukuplah 10 kali..itupun paling sedikit kalau tak mampu sangat..Tak semestinya berselawat hanya lepas solat sahaja..semasa berjalan pun boleh berselawat juga..tapi janganlah berselawat dalam tandas dan tempat-tempat yang kotor..



#muhasabah diri...~~

SaHaBaT dALaM AL QURAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,
Alhamdulillah wa syukurillah ..dapat lagi saya peluang untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua..INSYAALLAH...semua orang ada kawan dalam hidup ini ..cuba anda perhatikan sahabat anda.


Jenis-jenis kwn yg terdapat dlm Al-Quran :

1) QARIN =kawan yg sentiasa bersma kita mnyuruh melakukan maksiat & mlnggar perintahNya.

2) KHAZOOL = kawan yg mnunjukkan dia sgt setia kpd kamu & apabila tiba waktu kamu memerlukan pertolongan, dia pergi mninggalkan kamu...

3) WALI = kawan yg melindungi kita.Dia bkn shja shbt kita malah sntisa menoleh keblkang utk melihat kita..

4) SIDDIQUE = kawan yg paling ikhlas..Dia mengetahui apa yg terbaik utk kamu & dia tdk segan utk menegur kesalahan kamu..

5) KHALIL = kawan yg paling rapat spt adik beradik kamu. Sehingga apabila dia sdg gembira,kamu juga dpt merasai kgembiraan itu.
.
6) HAMEEM = kawan yg akan @ tdk akan mnjd kawan baik kamu tp dia berkelakuan spt dia rapat dgn kamu.
.
7) WALEEJAH = kawan yg bolh dipercayai & dapat menyimpan semua rahsia kamu sebaiknya...

8) AKHDAN = kawan yg kamu cuba mndekatinya spt ALLAH nyatakan dlm AQ..kamu mngejarnya spt kamu mncri calon utk berkahwin..

Dapat gambaran mengenai sahabat anda??berusahalah untuk menjadi sahabat yang bermanfaat untuk semua dan mampu membawa sahabat anda ke syurgaNYA...insyaALLAH
 #sama-samalah kita berusaha~

Friday, 11 January 2013

INgAtKaH KItA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
ALHAMDULILLAH wa syukurillah atas segala nikmatNYA diatas dunia ini.Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan keluarga baginda..Rahmat kasih sayang saya curahkan buat sahabat pembaca sekalian..moga-moga ia menjadi penguat ikatan ukhuwah kita walaupun di alam maya sahaja kita bertemu..

 Alhamdulillah juga akhirnya segala perkara saya di semester 1 di universiti berjaya saya tamatkan .Mudah- mudahan segala usaha saya untuk semester ini membuatkan hasil pada keputusan peperiksaan final exam ini..Amin~

Alhamdulillah dapat lagi saya menulis untuk coretan kali ini...Untuk coretan kali ini,saya nak kongsikan satu pengisian buat sahabat sekalian...Almaklumlah dah habis exam ni..tengokla movie yang ada dekat laptop ni...
Saya adalah tengok satu movie ni..tengah-tengah tengok movie ini,tetiba dapat satu pengajaran dalam hidup ini..di mana ada slot yang semua pelakonnya kembali meningati ALLAH selepas ditimpa banyak ujian dan masalah dalam hidup mereka...


Cuba kita renung balik dalam diri kita..berapa lama dan detik kita sering mengingati ALLAH??adakah setiap masa kita sering mengingati ALLAH...Manusia ini,kebiasaannya ketika senang dan gembira selalu lupa kepada Allah..solat pun ikut mane yang sempat jer..mengaji pun tidak sampai satu muka surat atau pun kadangkala itu,langsung tidak mengaji...berzikir tu,,jauh sekali..hanya sekali sekala sahaja...

Tetapi,apabila ALLAH hadirkan masalah dalah hidup kita,,,mulalah kita berasa tidak tenang,gundah -gulana,resah gelisah dan bermacam-macam lagi perkara negatif yang timbul. Ha..masa ini,barulah kita hendak kembali kepada Allah...solat tepat pada waktunya,memohon doa bersungguh-sungguh kpd ALLAH...dan sebagainya...Ini selalu berlaku terutamanya menjelang dan semasa musim peperiksaan..betul tak sahabat sekalian??
Lihat,betapa manusia ini akan kembali mencari tempat bergantungnya iaitu ALLAH untuk kembali menyelesaikan masalahnya..Betapa indahnya ISLAM dan sayangnya ALLAH pada hambanya..

#ISLAM itu INDAH dan sama-samalh kita meningkatkan kecintaan kita kepada ALLAH...=).moga bermanfaat..^_^