Sunday, 23 December 2012

SAhAbAT DaN kEluARga~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah sihat jua aku dari segala kesibukan yang banyak menumpahkan air mataku...Terima kasih sahabat dan family yang bagi aku kekuatan kalian...tidak akan ku lupakan walaupun sedetik...insyaALLAH..






SAHABAT dan KELUARGA memang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan setiap orang dari kita..betul tak??Adakalanya kita sibuk sehinggakan terlupakan keluarga di kampung..especially bagi orang yang tinggal jauh dari keluarganya..maka ALLAH datangkan ujian untuk kita...ha..masa itu,barulah kita sibuk teringatkan keluarga dikampung..

Kalau sebelum tu kita terlalu sibuk sampai tak ingatkan keluarga dikampung,jadi dengan kesusahan atau musibah yang terjadi dalam hidup kita,barulah kita nak ingatkan FAMILY..nk minta bantuan mereka.padahal mereka tak pernah pun lupakan kita.sekali sekala telefon o tulis lah surat buat family dikg.(tulis surat??,ad ke lg org tls surat zaman ni..hahahaha)..

Cuba kita ambil iktibar dan muhasabah balik diri kita..betul tak apa yang saya nyatakan disini..???sebenarnya setiap apa yang berlaku dalam hidup kita,semuanya ADA hikmah yang tersembunyi yang ALLAH sediakan untuk kita,,,mungkin ALLAH hadiahkan ujian atau musibah tersebut untuk menghapuskan dosa kita ataupun mungkin ALLAH nak kita lebih ingatkanNYA..
ok lah sahabat sekalian,sampai disini sahaja coretan saya..moga bermanfaat..


#peringatan untuk diri yang lemah..

Saturday, 15 December 2012

TuNdUkKanlah PAndaNGan dan NaFsUmU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini alhamdulillah saya mampu lagi untuk meneruskan kehidupan ini yang penuh dengan ujian dariNYA..dan masih lagi diberi kekuatan untuk berkongikan ilmu yang bermanfaat..insyaALLAH...

Hayatilah kisah pengajaran yang saya bawakn pada hari ini yang saya perolehi dari facebook seorang senior saya..ceritanya benar-benar menyentuh hati saya dan saya juga pasti sahabat-sahabat juga akan berasakan begitu..

 Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut.

Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya. Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya :

“ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”

– Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.

Suaminya menjawab : “ Ya ”

Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”

Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”

Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”

Jawab suaminya : “ Tidak ”

Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”

Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”

Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat sedikit ”

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.

Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ”

Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Perhatikan maksud kata-kata ini ;
“ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”

Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas. Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku. Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”

Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata:
“ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”

-----------------------------------------------------

Ibrah dari kisah ini.

1) Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh Allah Taala.

2) Allah Taala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.

3) Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.

4) Bersegeralah memohon keampunan dari Allah Taala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

5) Mohonlah perlindungan dari Allah supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.

6) Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNya dan meninggalkan maksiat kepadaNya.

7) Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.

Friday, 14 December 2012

KeRaNa SEheLaI Bulu MaTa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..~~
Alhamdulillah keran kita masih lagi dipanjang kan usia oleh Nya..mari sama2 kita menyebut ALHAMDULILLAH...moga-moga hari ini lebih baik dari semalam.



Hari ini saya hendak bawakan sebuah kisah pengajaran...bacalah sahabat-sahabta sekalian dengan penuh rasa keinsafan,,,,selamat menbaca!!!


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.., maka perbanyakkanlah kita dengan bertaubat dan tangisilah dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan air mata......janganlah kita berputus asa dengan Rahmat Allah....sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Tuesday, 11 December 2012

Aku RiNDU sAYanG KaMu ^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
"TIT....TIT...TIT....."
Lewat pagi tadi,kedengaran telefon ku berbunyi menandakan adanya mcj baru masuk ke peti inboxku...
Tidak ku duga,rupa-rupanya mcj tersebut datangnya dari seorang  sahabatku di matrik (KMP) dulu..
"1 hR oF sTuDyInG maKEs u...(@_@)
2  hR oF sTuDyInG maKEs u..(-_-)zZZZzzz
3  hR oF sTuDyInG maKEs u...(x_x)
DON't GIVE UP!
Every hour you spend will not be wasted,
Coz your efforts will be acknowledged by ALLAH...
If we feel so TIRED to seek knowledge,
keep in our mind that this might be one 
of our greatest deeds that going to be 
count during JUDGEMENT day..
ALLAH knows how tired we are,but because of
HIS deen(agama),we still  
KEEP MOVING FORWARD ^^,
MAY ALLH bless all of us...=)"
Alhamdulillah ALLAH mengutuskanku kata-kata semangat melalui seorang sahabat ku... Allah mengetahui betapa rindu dan sayangnya aku padanya.
#credit to..nur azilah bt ahmad ~Kolej matrikulasi perlis 2011/2012

Monday, 10 December 2012

RaHsIA DIseBAlik CaRa BeRjALAN




Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hari ini,saya nak kongsikan lagi apa yang saya dapat melalui pembacaan saya secara kebetulan..jom tengok apa yang saya dapat...
RAHSIA  DISEBALIK CARA WANITA BERJALAN:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


#ini hanyalah berdasarkan kajian yang dilakukana keatas beberapa orang reponden..Janganaterlalu mempercayainya kerana terlalu mempercayainya akan membawa kpada syirik..

RAHSIAN DISEBALIK HURUF AWAL NAMA ^^)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini saya hendak berkongikan mengenai rahsia disebalik huruf awal nama sahabat-sahabat sekalian..^_^
Ketahui Sifat Melalui Huruf Awal Nama Anda


huruf A

Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C

Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


huruf D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


huruf G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.

#selamat mencuba =)

Thursday, 6 December 2012

CARA UNTUK KEMBALI BERSEMANGAT ^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Coretan saya pada hari ini lebih berkisarkan tentang cara -cara untuk kembali menjadikan diri kita lebih bersemangat untuk meneruskan hidup ini...cuba sahabat-sahabat merenung coretan saya ini dan berfikir
"KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali." Pernahkah sahabat -sahabat merasakan keadaan ini???...
Adakalanya apabila kita keseorangan dan ditambah pula dengan masalah yang dihadapi,kita pasti terasa sangat STRESS....untuk mengurangkan stress tersebut,jom sahabt-sahabat sekalian lihat kata2 semangat dibawah ini untuk kembali memotivasikan diri kita..


Tetapi bagi saya,sebagi seorang muslim,untuk kembali TIDAK stress jagalah SOLAT anda kerana solat yang khusyuk itu adalah kunci kebahagiaan dan alternatif yang paling terbaik untuk kembali tenang..KERANA Allah S.W.T telah berfirman didalam AL-QURAN yang bermaksud:
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan (solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
                                                (surah Al-Baqarah,ayat45)
kalau sahabt-sahabat,tidak percaya,cuba lakukannya ....dan lihat perubahannya..
Solat tidak memakan masa yang sangat lama..cukuplah untuk  kita menghambakan diri kepadaNya 5 waktu sehari....dalam 5-10 minit setiap waktu.

#moga kita kembali mendapat ketenangan jiwa. dan motivasi diri...=)

Tuesday, 4 December 2012

PIN HOLE GLASSES^^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya hendak menceritakan khasiat cermin mata terapi(pin hole glasses).Saya pun baru sahaja mengetahui kewujudan produk ini...




ni lah cermin mata ajaib tu..(pin hole glasses)




Kelebihan cermin mata terapi:

Sesuai untuk masalah mata seperti rabun jauh, rabun dekat, astigmatisme (rabun silau), katarak dan ketegangan mata (daripada skrin komputer)

Cara penggunaan cermin mata terapi :

1.Cermin mata ini berfungsi sebagai alat senaman untuk melatih saraf pada mata anda fokus pada titik asal pada retina.
2.Pemakaian 15 minit hingga 1 jam sehari, selama 1 bulan dapat mengurangkan "power" atau tahap rabun anda 20% hingga 30% atau lebih daripada 50%.
3.Konsepnya mudah: Semakin lama dipakai, semakin berkurang masalah mata anda.

#kita hanya berusaha,ALLAH yang menentukan...insyaALLAH..=)