Friday, 19 October 2012

AL QURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


AlQuran adalah kalam ALLAH yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril dalam bahasa arab dan diturunkan secara berperingkat -peringkat dan membacanya adalah Ibadah,Al quran mempunyai 114 surah yang dimulai dengan surah Al fatihah dan diakhiri dengan surah AN-nas..

Saya yakin dan percaya bahawa setiap daripada kita yang beragama islam pasti memiliki kalam ALLAH ini..tapi persoalnnya,dimanakah ia berada sekarang??adakah didalam HATI atau di ATAS RAK??
suka saya membawa kata -kata yang saya peroleh dari forum perdana yang dilagsungkan di UKM,,iaitu
                     "AL-QURAN is for YOURSELF,not for the SHELF",sedapkan ayat ni..
Maknanya apa disini??kita kena mempelajari dan mentadabbur ayat -ayat AL-quran untuk paduan dan pedoman hidup kita kerana Rasulullah pernah bersabda "Aku tinggalkan kepadamu 2 perkara. selagi mana kamu berpegang kepadanya,kamu tidak akan sesat iaitu AL-quran dan As-sunnah".
Antara kelebihan AL-QURAN ialah:
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

 ~renung-renungkan dan selamat beramal~=)

No comments:

Post a Comment