Friday, 28 September 2012

permohonan sekolah teknik/kolej vokasional 2013

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
"Moga hari ini lebih baik dr semalam".Hari ni saya just nk kongsikan satu link untuk membantu adk2 tingkatan 3 yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik dan vokasional..








Buat pengetahuan semua,permohonan ini telah dibuka pd 24 september dan akan berakhir pada penghujung bulan bulan DISEMBER iaitu 30.Disember 2012..Saya nasihatkan kpd adk2 yg ingin mengikuti pembelajaran di sekolah /kolej vokasional bolehlah mengambil langkah awal dengan mengisi borang permohonan ini dengan segera..Jgn tunggu SAAT2 AKHIR,bru nk isi..nnti tak dapat atau harapan nak dapat tu sangat tipis..Pengalaman saya mengisikan borang untuk adk saya pada saat2 akhir sngt mengecewakan..So adk2,isi cepat2 ea.. Segala maklumat berkenaan sekolah/kolej vokasional bolehlah didapati di link dibawah:

http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-kolej-vokasional-2013/

#study elok2 untuk exam PMR korang..=)
p/s:untk sesiapa yg ad adk atau sedara atau kawan tingkatan 3 tu,cepat2 la call o bg tau mereka pasal bnde ni..



Thursday, 27 September 2012

susah ke???

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM sejahtera =)
Hari ni semangat nak update blog ni cepat je dtg..hehehe...Hari ni nk kongsi satu kata2 hikmah atau ayat-ayat yang boleh memberikan kita semangat untuk memotivasikan diri kita..
"SENYUM ITU SATU SEDEKAH".Haa...mesti semua org pernah mendengarnyakan,,,apa kata,bersempena dgn hari jumaat ni,jom kita sam2 tambahkan pahala kita..
susah ke nk senyum???x susah kan..benda yang paling mudah yang boleh semua orang lakukan tanpa halangan..sebab apa saya katakan tanpa halangan??sebab yang paling utama..tak payah keluar duit..Tp mungkin ada yang akan cakap"saya tak ade mood la nk senyum"x de mood???Jgn kita hanya mementingkan diri kita sahaja tanpa mengambil kira mood org lain..Bayangkan kalau2 ada orang yang memang tengah ad masalah dan tetibe org tu melihat kita dalam keadaan muka yang masam(x de mood nk senyum),ap yang agak2 akn berlaku??ha..msti orang yang dilanda kesusahan tu makin bertambah susah dan bermasalah sebab tengok muka kita..kesiankan dkt org tu..


  Tetapi..cuba bayangkan kalau kita senyum pada orang yang ada masalh tadi..mesti orang tu pn rasa happy sekaligus melupakan masalah dye..Ha,,secara tak langsung,kita dah dapat 2 jenis pahala..iaitu sedekah,sebab kita senyum dan satu lagi tolong meringakan beban orang tersebut secara halus,,Hebat kn..
Actually,bnyk sngt kelebihan SENYUM ni..Tp dh tak boleh nk taip la..ad hal cikit..Hope sahabat sekalian boleh melihat mesej pd setiap gambr dibawah..




Ha..untuk yang TIDAK tahu nak senyum macam mne..ni caranya:


So FRIEND,,lets start our day with:



#sayang kamu sume yang bersedekah krn ALLAH...=)

Wednesday, 26 September 2012

perjalanan saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tak lengkap rasenye post di blog ini tanpa dimulakan dengan kalimah yang indah- indah..Moga kalimah ini akan sentiasa menguatkan kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini sebagai khalifah ALLAH..insyaALLAH..
"Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapakn,ingatlah dan senyumlah kerana manusia merancang dengan cita-cita tetapi ALLAH merancang dengan cintaNYA".Mungkin ada antara kawan - kawan yang selalu dengar atau pernah dengar ayat ni kan..Kita selalu bertanya didalam hati "mengapakah kita diuji",kenapa kita tak dapat apa yang kita rancangkan??kenapa dan mengapa..Disini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman saya..Kisah ini berlaku setelah saya menamatkan spm..Lepas spm,,sume msti tertunggu-tunggu result nk masuk u..dan sebelum exam spm lg dh sibuk2 tnye kwn nk pilih u dan bidang apa yang nak diambil..bile result spm kluar je terus sibuk2 nk confirmkan pilihan u dan bidang yang dipilih btl kn??sume orang pernah mengalami situsi ini terutamanye bagi mereka yang telah habis spm .Berbalik kepada cerita saya,saya pn sibuk jgk macam org lain,samada nk ambil STAM,MATRIKULASI atau UNIVERSITI,,mase tu mmg dalam dilema sangat2..nak pilih yang mane ni????kebetulan pula masa itu,saya memang minat sangat2 pada subjek ekonomi,jadi saya putuskan untuk mengambil bidang asasi di UIA..besarkan harapan dan cita-cita,,=)saya ada juga berkeinginan untuk mengambil STAM ,tetapi mungkin bukan rezeki saya,walaupun dengan keputusan SIJIL MENEGAH AGAMA (SMA)saya,saya yakin boleh mendapatkan tawaran tersebut..,namun apakan daya,saya tidak dpt surat tawaran untuk mengikuti TINGKATAN 6 disekolah saya..untuk membuat rayuan,saya malas untuk menyusahkan keluarga saya.Maklumlah,proses rayuan bukan sesuatu yang senang,,bermacam-macam procedure yang perlu dilalui.Dipendekkan cerita,saya mengisi borang kemasukan ke matrikulasi dan matrik yang saya pilih hanyalah matrik perak,selangor dan melaka..
Permohonan matrik saya telah isi awal2 lagi sebelum peperiksaan sebenar spm ,manakala permohonan UPU dilakukan selepas peperiksaan sebenar spm..Dalam masa itu,saya berasa sangat yakin akan dapat bidang ekonomi di UIA,,ha..betapa yakinnye,..Akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu iaitu keputusan matrik dan upu keluar juga..dan saat itu hnya ALLAH sahaja yang tahu betapa hancurnye hati saya kerana saya tidak ditawarkan bidang ekonomi di UIA,tetapi ditawarkan bidang perakaunan di UNISZA..dan matrik juga..saya tidak ditawarkan di matrik yang menjadi pilihan saya..sebaliknya,saya dihantar ke MATRIKULASI PERLIS..wa,,sesuatu yang tidak saya duga dan jangkakan..tetapi saya gagahkan diri ini juga.Dua-dua tawaran adalah dlm bidang yg sama iaitu perakauan cuma yang bezanya,diploma dan matrik..Akhirnya saya membuat pilihan untuk menerima Matrik Perlis sbg destinasi saya yang seterusnya,,Saya cuba untuk menerima takdir yang telah ditetapakn dan saya yakin bahawa setiap apa yang berlaku itu pasti ada sebab dan hikmahnya..cuma kita sebagai manusia,kena sabar dan berusaha untuk mengikut ketentuanNya..Dan alhamdulillah disana saya belajar mengenali segala-galanya dan semuanya berjalan seperti yang saya niatkan..
Bila dh habis belajar di matrik,saya mohon untuk dikuatkan dibidang yang menjadi pilihan saya iaitu business di UKM....mohon agar terus dikuatkan ya ALLAH...










                      moga 2 di Ukm saya boleh "MENGILHAM HARAPAN MENCPITA MASA DEPAN"  ...amin~~

kesimpulannya: kita sebagai hamba perlu sentiasa bersyukur dan menerima ketentuan ALLAH dengan tenang..berusaha untuk terus kuat dibidang yang telah ditentukan,bukan menyesalinya  krn ALLAH ada perancangan yang lagi hebat yang kita sendiri pun tak tahu..=)

Monday, 24 September 2012

gula punca kegemukan???

                               

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni ain terbaca dalam surat khabar satu fakta yang telah dibuktikan dalam sebuah kajian mengenai OBESITI...mesti sume org pernah dgr kan istilah tu..tipu la x pernah dgr..ok,mungkin kalau bukan obesiti,msti korang pernah dengar istilah KEGEMUKAN,,,sebenarnye,obesiti dan kegemukan adalah benda yang sama..
Apa yang ain nak kongsikan disini, di Amerika Syarikat(AS), kajian telah dilakukan dan mereka mengatakan bahawa minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi telah menyumbang kpd masalah obesiti..
Antara kajian yg tlh mereka lakukan ialah,mereka telah menbahagikan sekumpulan remaja dan kanak-kanak kepada 2 kumpulan.kumpulan pertama telah diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau air minuman tanpa kandungan gula yang berlebihan,sementara lg 1 kumpuln tlh dberikan minuman bergula yang tinggi..kajian ini telah dilakukan selama setahun dan hasil yg diperolehi sangat mengejutkan..Didapati kump yang tidak meminum minuman bergula yang bnyk hnya mengalami kenaikan berat bdn sbnyk 0.68kg sementara kumpulan yg meminum minuman bgula yang bnyk mengalami kenaikan berat badan sebanyak 1.5 kg...
Di MALAYSIA,punca kegemukan adalah disebabkan oleh:

  1. Makanan segera .Hal ini adalah disebabkan klu kita tgk msyrkt hari ni,mereka lebih memilih makanan segera berbnding makan lain..mungkin kerana ia mudah disediakn dan cepat perkhidmatannya seperti KfC..
  2. Kewujudan gajet seperti ipod,iphone dan laman sosial seperti facebook,twitter dan online game.Kesemua kemudahan ini telah menjadikan manusia smkn mls untk beriadah dan mereka lebih memilih untuk trs menghadap benda2 ni drpd keluar berpanas untuk mengeluarkan peluh..
Pengambilan gula yg bnyk bkn saje blh menyebabkan korang dpt obesiti,tp bnyk lg penyakit berbahaya seperti kencing manis.Oleh itu,kita mesti kurangkan pengambilan gula dlm menu mknan kita setiap hari..bukannye x de gula langsung.klu x de gula langsung,mne ad org yg larat nk mkn..ble x de selere nk mkn,nnti sume org dpt penyakit lain plk iaitu aneroxia..ha..nnti lg susah..

#pilihan di tgn anda..=)

Friday, 21 September 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini ain nak coretkan di sini yang ain rasa seronok sangat sebab dapat kembali laptop ain..seminggu tanpa dunia maya memang benar-benar menjadikan hidup ain tidak bermaya..bukan apa,sebabnya,kehidupan dekat universiti,kita memang kene menggunakan banyak dunia online..bayangkanlah semua nota,latihan,pengumuman,tutorial,semuanya akan dihantar melalui internet..Jadi,hendak tak nak,kita mestilah kene selalu online.untuk mendapatkan info terkini..baru je sekejap tadi ain cari senarai buku yang nak ain pinjam di perpustakaan..ha,,dekat library pun,gune sistem komputer tau..betapa canggihnya zaman ni..berbeza degan zaman ain di sekolah dan matrik dulu,tak perlu nak online nak tau kedudukan buku-buku tersebut dimana..Salah satu sebabnya wujudnya sistem ini adalah untuk memudahkan para pelajar mendapatkan buku di labrary..Bayangkanlah dekat library UKM ni ada lebih kurang 1 juta buku..tak kan lah nak suruh pekerja-pekerja library tu yang carikan..alamatnya..sampai esok la baru nak jumpa..itupun klu jumpe..apa-apa pun ain harap esok ain akan jumpa semua buku-buku yang ain cari.."semalam adalah sejarah,hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan"semoga hari ini lebih baik dari semalam..=)

Wednesday, 19 September 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ini adalah catatan pertama ain...hehehe,,teruja rasanya untuk menpunyai seorang lagi teman untuk berbual..atau meluahkan segala-galanya.ha..jangan fikir yang bukan-bukan ea..kawan baru yang ain maksudkan itu adalah .blog ini...alhamdulillah,akhirnya terhasil juga blog ini..
Terima kasih ain ucapakn kepada pensyarah aplikasi komputer ain..PN.ROHIZAH dan kawan-kawan yang banyak membantu..
Sebenarnya niat untuk membuat blog ini sudah lama ain pendamkan..tapi alhamdullillah ALLAH itu telah membantu ain..Blog ni insyaALLAH akan ain manfaatkan untuk pelbagai perkara..