Sunday, 23 December 2012

SAhAbAT DaN kEluARga~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah sihat jua aku dari segala kesibukan yang banyak menumpahkan air mataku...Terima kasih sahabat dan family yang bagi aku kekuatan kalian...tidak akan ku lupakan walaupun sedetik...insyaALLAH..






SAHABAT dan KELUARGA memang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan setiap orang dari kita..betul tak??Adakalanya kita sibuk sehinggakan terlupakan keluarga di kampung..especially bagi orang yang tinggal jauh dari keluarganya..maka ALLAH datangkan ujian untuk kita...ha..masa itu,barulah kita sibuk teringatkan keluarga dikampung..

Kalau sebelum tu kita terlalu sibuk sampai tak ingatkan keluarga dikampung,jadi dengan kesusahan atau musibah yang terjadi dalam hidup kita,barulah kita nak ingatkan FAMILY..nk minta bantuan mereka.padahal mereka tak pernah pun lupakan kita.sekali sekala telefon o tulis lah surat buat family dikg.(tulis surat??,ad ke lg org tls surat zaman ni..hahahaha)..

Cuba kita ambil iktibar dan muhasabah balik diri kita..betul tak apa yang saya nyatakan disini..???sebenarnya setiap apa yang berlaku dalam hidup kita,semuanya ADA hikmah yang tersembunyi yang ALLAH sediakan untuk kita,,,mungkin ALLAH hadiahkan ujian atau musibah tersebut untuk menghapuskan dosa kita ataupun mungkin ALLAH nak kita lebih ingatkanNYA..
ok lah sahabat sekalian,sampai disini sahaja coretan saya..moga bermanfaat..


#peringatan untuk diri yang lemah..

Saturday, 15 December 2012

TuNdUkKanlah PAndaNGan dan NaFsUmU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini alhamdulillah saya mampu lagi untuk meneruskan kehidupan ini yang penuh dengan ujian dariNYA..dan masih lagi diberi kekuatan untuk berkongikan ilmu yang bermanfaat..insyaALLAH...

Hayatilah kisah pengajaran yang saya bawakn pada hari ini yang saya perolehi dari facebook seorang senior saya..ceritanya benar-benar menyentuh hati saya dan saya juga pasti sahabat-sahabat juga akan berasakan begitu..

 Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala. Isterinya juga seorang yang bertaqwa. Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan. Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut.

Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya. Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya :

“ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”

– Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.

Suaminya menjawab : “ Ya ”

Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”

Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”

Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”

Jawab suaminya : “ Tidak ”

Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”

Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”

Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan tersebut. Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat sedikit ”

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya. Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.

Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ”

Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Perhatikan maksud kata-kata ini ;
“ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”

Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas. Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku. Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya. Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”

Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata:
“ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”

-----------------------------------------------------

Ibrah dari kisah ini.

1) Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh Allah Taala.

2) Allah Taala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.

3) Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.

4) Bersegeralah memohon keampunan dari Allah Taala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

5) Mohonlah perlindungan dari Allah supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.

6) Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNya dan meninggalkan maksiat kepadaNya.

7) Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.

Friday, 14 December 2012

KeRaNa SEheLaI Bulu MaTa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..~~
Alhamdulillah keran kita masih lagi dipanjang kan usia oleh Nya..mari sama2 kita menyebut ALHAMDULILLAH...moga-moga hari ini lebih baik dari semalam.



Hari ini saya hendak bawakan sebuah kisah pengajaran...bacalah sahabat-sahabta sekalian dengan penuh rasa keinsafan,,,,selamat menbaca!!!


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.., maka perbanyakkanlah kita dengan bertaubat dan tangisilah dosa-dosa yang telah kita lakukan dengan air mata......janganlah kita berputus asa dengan Rahmat Allah....sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Tuesday, 11 December 2012

Aku RiNDU sAYanG KaMu ^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
"TIT....TIT...TIT....."
Lewat pagi tadi,kedengaran telefon ku berbunyi menandakan adanya mcj baru masuk ke peti inboxku...
Tidak ku duga,rupa-rupanya mcj tersebut datangnya dari seorang  sahabatku di matrik (KMP) dulu..
"1 hR oF sTuDyInG maKEs u...(@_@)
2  hR oF sTuDyInG maKEs u..(-_-)zZZZzzz
3  hR oF sTuDyInG maKEs u...(x_x)
DON't GIVE UP!
Every hour you spend will not be wasted,
Coz your efforts will be acknowledged by ALLAH...
If we feel so TIRED to seek knowledge,
keep in our mind that this might be one 
of our greatest deeds that going to be 
count during JUDGEMENT day..
ALLAH knows how tired we are,but because of
HIS deen(agama),we still  
KEEP MOVING FORWARD ^^,
MAY ALLH bless all of us...=)"
Alhamdulillah ALLAH mengutuskanku kata-kata semangat melalui seorang sahabat ku... Allah mengetahui betapa rindu dan sayangnya aku padanya.
#credit to..nur azilah bt ahmad ~Kolej matrikulasi perlis 2011/2012

Monday, 10 December 2012

RaHsIA DIseBAlik CaRa BeRjALAN




Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Hari ini,saya nak kongsikan lagi apa yang saya dapat melalui pembacaan saya secara kebetulan..jom tengok apa yang saya dapat...
RAHSIA  DISEBALIK CARA WANITA BERJALAN:

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


#ini hanyalah berdasarkan kajian yang dilakukana keatas beberapa orang reponden..Janganaterlalu mempercayainya kerana terlalu mempercayainya akan membawa kpada syirik..

RAHSIAN DISEBALIK HURUF AWAL NAMA ^^)


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini saya hendak berkongikan mengenai rahsia disebalik huruf awal nama sahabat-sahabat sekalian..^_^
Ketahui Sifat Melalui Huruf Awal Nama Anda


huruf A

Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B

Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C

Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


huruf D

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E

Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F

Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.


huruf G

Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H

Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I

Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J

Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K

Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L

Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M

Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N

Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O

Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P

Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q

Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T

Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U

Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V

Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W

Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X

Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y

Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.

#selamat mencuba =)

Thursday, 6 December 2012

CARA UNTUK KEMBALI BERSEMANGAT ^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Coretan saya pada hari ini lebih berkisarkan tentang cara -cara untuk kembali menjadikan diri kita lebih bersemangat untuk meneruskan hidup ini...cuba sahabat-sahabat merenung coretan saya ini dan berfikir
"KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali." Pernahkah sahabat -sahabat merasakan keadaan ini???...
Adakalanya apabila kita keseorangan dan ditambah pula dengan masalah yang dihadapi,kita pasti terasa sangat STRESS....untuk mengurangkan stress tersebut,jom sahabt-sahabat sekalian lihat kata2 semangat dibawah ini untuk kembali memotivasikan diri kita..


Tetapi bagi saya,sebagi seorang muslim,untuk kembali TIDAK stress jagalah SOLAT anda kerana solat yang khusyuk itu adalah kunci kebahagiaan dan alternatif yang paling terbaik untuk kembali tenang..KERANA Allah S.W.T telah berfirman didalam AL-QURAN yang bermaksud:
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan (solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
                                                (surah Al-Baqarah,ayat45)
kalau sahabt-sahabat,tidak percaya,cuba lakukannya ....dan lihat perubahannya..
Solat tidak memakan masa yang sangat lama..cukuplah untuk  kita menghambakan diri kepadaNya 5 waktu sehari....dalam 5-10 minit setiap waktu.

#moga kita kembali mendapat ketenangan jiwa. dan motivasi diri...=)

Tuesday, 4 December 2012

PIN HOLE GLASSES^^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya hendak menceritakan khasiat cermin mata terapi(pin hole glasses).Saya pun baru sahaja mengetahui kewujudan produk ini...




ni lah cermin mata ajaib tu..(pin hole glasses)




Kelebihan cermin mata terapi:

Sesuai untuk masalah mata seperti rabun jauh, rabun dekat, astigmatisme (rabun silau), katarak dan ketegangan mata (daripada skrin komputer)

Cara penggunaan cermin mata terapi :

1.Cermin mata ini berfungsi sebagai alat senaman untuk melatih saraf pada mata anda fokus pada titik asal pada retina.
2.Pemakaian 15 minit hingga 1 jam sehari, selama 1 bulan dapat mengurangkan "power" atau tahap rabun anda 20% hingga 30% atau lebih daripada 50%.
3.Konsepnya mudah: Semakin lama dipakai, semakin berkurang masalah mata anda.

#kita hanya berusaha,ALLAH yang menentukan...insyaALLAH..=)

Friday, 23 November 2012

AWAK-AWAK........PLEASE!!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
"awak2,,,,,nape awak buat saya mcm ni??saya sedih tau...dulu awak jugak yang selalu ingatkan saya..tp sekarang,..kenapa awak dh berubah??apa salah saya??sebab saya tinggalkan awak ke??saya ada sakitkan hati awak ke??saya tahu,saya dah lame tinggalkan awak..tapi awak kena ingt..saya tinggalkan awak pn sebab saya sambung bljr...bknnye sebab bende lain..kalau boleh,saya pun tak nak tinggalkan awak walaupun seminit..awak tahu sebab apa??sebab saya SAYANG awak..awak kena ingt..diam saya tak beerti saya lupakan awak,tapi awak lah orang yang paling saya ingt...saya tak nak,sebab awak nnti ,saya tak boleh nak masuk syurga...saya tak cakap saya baik n sempurna,tapi sebagai sahabat,kita kena saling ingat- mengingati..awak..kalau benci saya sekali pun dengan nasihat saya ini,x pe..saya tak kisah sebab ini suruhan ALLAH..pencipa kita...dan sebab saya tak nak nnti awak cakap saya tak ingatkan awak dekat dunia pada masa HARI PEMBALASAN kelak..awak,,tolong tgk apa yang saya nk letak dekat sini.sekejap pun jadilah...sebab benda ini penting..".









#saya sayang awak sekalian..itulah sebabnya saya buat entry ni..moga2..kita akan terus istiqamah dalam redhaNya..

HARI ASYURA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
24.NOV .2012 merupakan 10 Muharam iaiatu merupakn hari ASYURA..mesti ramai yang akan teringat akan bubur asyura ..hehhehe...dan...mesti ramai yang akan berpuasa pada tarikh ini..ALHAMDULILLAH..tp,perlu diingatkan,untuk berpuasa pada hari ASYURA,perlu digandingkan sama 9 muharam &10 muharam atau 10 &11 muharam,,Ini bertujuan untuk membezakan puasa orang islam dan orang yahudi..kerana orang yahudi juga akan berpuasa pada 10 muharam...

HA,,,kepada yg berpuasa..pahala menanti anda..KERANA:

Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)

- Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yg utama selepas puasa bulan Ramadhan :
“Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)

- Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari2 biasa.. atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaAllah, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :
“Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)


#ayuh kita berpuasa kerana ALLAH..



Thursday, 22 November 2012

NEW WORLD(^^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ALHAMDULILLAH selesai sudah sebahagian dr assigment saya yang bertimbun-timbun...hehehhe..btw..moga2 dengan wajah baru blog saya ini akan memberikan semangat buat saya untuk terus memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat sekalian..dan membuatkan sahabat-sahabat sekalian teruja untuk terus menerjah blog ini..welcome dear~~~~~~~~

DRAMA STORY KU!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
ok..untk entry kali ni,sy nk kongsikn dgn semua mengenai sahabat foundation english sy..
"coming together is a beginning.
 Keeping together is a progress
 Working together is  success"
                            ~Henry Ford~
jgn jeles ye...hehehe,,TQ to akak farhana sbb edit this picture...=)love it very much(^^)
ha..mereka ni adalah ahli kmpulan saya yg akn membuat persembahan untuk mendapatkan markah final exam untuk semester ni bg subjek foundation english...Alhamdulillah sume blh bg kerjasama yg baik..n moga2 kami blh dpt markah yg baik untuk penilaian tersebut sbb subjek ni tak de paper cam subjek2 yg lain..nak tau x tajuk ap yg akan kami lakon kan??SNOW WHITE...ha..group kami ni ad 1 je cabaran yang terpaksa kami hadapi iaitu untk mencari seorg watak untk PRINCE sbb group n x de lelaki..so..can u all suggest who will be the PRINCE??hehhehe...


*credit to auni,munirah,wan,nana,k.nami,k.meran,k.bihah,k.suha,k.fana n me..
#kalau-kalau lepas habis sem ni kita tidak berjumpa lagi,ingatlah kenangan kita bersama=)

Sunday, 18 November 2012

AYUH BERHIJRAH=)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Awal tahun islam baru sahaja bermula iaitu pada 1 muharam..1 muharam tahun ni genap lah tahun hijrah 1434hijriyyah,,,kte mungkin selalu ingt tahun baru "NEW YEAR" aje..tp kita lupa yg tahun islam ni..biasanya kita akan sambut NEW YEAR dgn hiburan n konsert2 ...TP sebenarnya,kita lupa untuk menyambut tahun baru islam ini yang penuh dengan keberkatan di dalammya..Kenapa saya katakan begitu,ya lah kerana selalunya ada antara kita ni yang tidak sedar dengan kehadiran tahun baru ni..dan apabila telah lupa tarikh ini,maka kita terlepaslah dari membaca doa awal dan akhir tahun yang pada saya isi kandungannya cukup menjaga kita untuk sesuatu tahun yang baru..kerana dalam doa akhir tahun dan awal tahun kita telah memohon perlindungan drpd ALLAH untuk sesuatu thn yang baru..supaya bebas dari godaan syaitan ..


Tahun baru baru sahaja menjelma..ayuh kita berhijrah kepada yg lebih baik..HIJRAH mempunyai maksud yang luas..hijrah bukan lagi bermakna  perpindahan dari satu tempat ke tempat yg lain..HIJRAH seharusnya bermula dari dalam diri kita iaitu hijrah untuk melawan NAFSU..ini kerana nafsu ialah sesuatu yang amat sukar untuk kita lawan..betul x??jadi apa salahnya jika bersempena dgn tahun baru ini,kita berhijrah untuk melawan segala NAFSU JAHAT kita tu..???kerana orang yang berjaya melawan nafsu mereka adalah orang yang paling kuat,,,
Bagi seorang pelajar,lakuakn hijrah anda sekarang juga iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dari thaun yang sebelumnya..jika dulu kita MALAS nk study,hijrah kpd RAJIN study,klu tahun lepas KERAP tidur aje...hijrah kpd KURANGKAN tidur untuk kita semakin memanfaatkan masa kita yang tinggal hanya sedikit je ni..klu dulu 24 jam tu rasa lambat sngt,tp skrg rasa 24 jam tu dh bertukar jd 12 jam je.cepat sngt..baru je bngun tidur,nnti dh mlm blk...betul x??

#renungkan lah dan segala jawapan ad di tangan anda..tq 4 read...

Monday, 12 November 2012

KEM LAMBAIAN DANAU..=)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terlebih dahulu ALHAMDULILLAH saya panjatkan kepada ALLAH S.W.T keran adgn izinnNYA selamat saya sampai di bumu UKM selepas 3 hari berkampung di bumi MELAKA..
Bumi MELAKA sememangnya menjanjikan 1001 pengalaman yang berguna dan sukar diperolehi ditempat2 lain..terutamanya diKEM LAMBAIAn DANAU,JASIN,MELAKA.ok..skrg jom tgk apa yang saya buat dekat sana dgn kwn 2 urusetia pembangunan sumber manusia (UPSM)ukm...


WELCOME(^^)


#ha..n aktivi malam pertama sampai kat kem.."NIGHT WALK"...kene jln sorang2 tau...hehhe


HARI KEDUA~~~~~~~~~~ni..untk aktiviti berakit..sblm berakit,knelah buat rakitnye dulu..bkn senang tau..
jom berakit

ha..ce teka..ni aktiviti ap??Ni "WATER CONFIDENCE"..sblm rakit race..kne buat aktiviti ni dlu untk keselamatan smsa berakit..mne lah tau klu2 terjatuh dr rakit..

teruja rasenye tem naik "MONKEY BAR"ni...sbb nye selama  ni,x pernah  nak lepas pun bnde ni..teteibe mase kat kem tu lps plk..heheheh
ni untuk aktivivi larian berhalangan

ni aktiviti berkayak...penat kot tgn...huuhu..
ni "OTOS'...ha tau x ape bende tu??lbh krg cm kayak la..tp kayak gne tangan atas pelampung ,tp dgn syarat,pelampung2 tu x blh terputus dgn kwn2 kte..ha..cm ne tu nk buat??
HARI KE3~~~~~~~ni aktiviti "NATURE WALK"..kat cini kitorang dpt tgk sarang burung tiong..sarang dye ad dkt  lubang2 dlm gmbr diats..dari sini juga kami berpeluang melihat puncak GUNUNG LEDANG...n tempat permulaan jambatan emas yang jadi dibina jika sultan Melaka berkahwin dgn Puteri gunung ledang..

ni aktiviti terakhir iaitu "WAR GAME'...main perang2 dalam  tanah lumpur...tp best..bersenjatakan telur..cm IMAGINE????HEHEHEH...


Inilah kumpulan saya...best sngt2..dpt kenal dgn kwn2 baru dr kolej n fakulti yang lain..birthday song to k.wani n k.azwa...hehehe..moga2 kita blh jmpe mse kem yang lain lg..kesian kat amir sbb hilang cermin mata..huhuhu,,jadi buta seketika..





credit to;AMIR,SALIP,WANI,AZWA,NADIA,IKIN,MIRA,NAZIHA,SYU,N AIN..
TQ a lot to k.fatin ,k.dila n abg iz..as our fasilitator..doakan kami juag akn berjaya mnjadi sprti kalian..

"Kadang kala dlm hidup ni..ad benda yang kita tak boleh nak belajar sebelum kita merasainya..."suka saya meminjam ayat ni dari pelatih di kem tersebut..mmg saya akui akan kebenarannya kerana dalam hidup ni tak semuanya kita akn belajar melalui buku..iaitu PENGALAMAN..






TINTA EXAM!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera...
Minggu exam sedang berlangsung..ha...brulah tau betapa pentingnya masa yang tlh lepas kan..betapa berharganya masa2 tersbut klu digunakan untuk mengulangkaji daripada melakukan benda2 yang x berfaedah,,n barulah terfikir nak bertanyakan kpd sesiapa mengenai sesuatu bab yang sukar..kalu x...x kannya kita nak buat benda2 cm ni..betul kan...hehehhe..
Memang betullah ad pepatah arab yang menyatakan "masa itu umpama pedang,jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita"..betapa pantas dan cepatnya masa berlalu...tambah2 lagi di waktu akhir zaman ini..





 #Apa2 pn..minngu exam sdg berlangsung..moga2 kejayaan akan menyebelahi saya.




.walaupun usaha yang kita lakukan hanyalah sedikit..tp ingatlah,..x bermakna usaha yang sedikit itu tidak berguna krna,usaha yang sedikit,tetapi berkualiti mutunya adalah lebih baik daripada usaha yang banyak tetapi tidak berkualiti..JGN anda semua salah faham dengan penyataan saya,,usaha yang sedikit atau banyak tetapi ambillah MUTU dan kualiti usaha tersebut..jika anda mampu untuk berusaha dengan banyak,dan mutunya juga berkualiti...itu adalah lebih baik..=)


GELOMBANG EXAM!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Minggu ni merupakn minggu ujian pertengahan semester di kebanyakan universiti..

.
Mungkin bagi pelajar tahun 1,terutamanya bagi pelajar lepasan matrikulasi dan stpm mungkin terkejut sedikit dengan suasana peperiksaan tersebut...dan tidak kurang juga ada yang seperti baru tersedar dari lena yang panjang semasa menjawab soalan peperiksaan..dan berkata"soalan apa ni??cam x de je prof ajar"...Haishh....mesti ada antara kita yang berkata seperti ni..saya yakin kerana saya juga student seperti anda..hehehe...

Bagi pelajar lepasan stpm dan matrikulasi khususnya,mereka akan terkejut dengan jenis soalan peperiksaan,masanya,tempatnya,,,betul x??saya tidak mahu menghurainya kerana anda sudah ad jawapannya..

Apa pun,itulah dinamakan proses pembelajarn terutamanya bagi mereka yang bergelar MAHASIWA dan MAHASISWI.kita bukan lagi pelajr sekolah menegah atau pelajar matrikulasi..
tinggalkan semuanya..berfikirlah cara yang luar biasa untuk menjawab kesemua soaln peperiksaan yang soalannya bukan lah lagi diambil di dalam buku semata-mata..tetapi memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis...kerana para pensyarah percaya bahawa mahasiswa dan mahasiswi mempunyai pemikiran yang tajam..bak kat pepatah.."belakang parang juga akan menjadi tajam jika ia diasah berhari".inikan pula otak dan mida kita.semakin banyka kita berfikir,kemungkinan untuk kita menjadi seorang yang nyanyuk akan semakin berkurang..


#.oleh itu,ayuh mahasiswa dan mahasisiwi sekalian kita meningkatka taraf pemikiran kita untuk menjamin kejayaan yang lebih berharga di masa kan datang.."

Friday, 26 October 2012

KUATKAH AKU??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kita sebagai hamba ALLAH memang tak pernah terlepas dengan ujian  ALLAH..tapi mampukah kita melaluinya...INSYAALLAH kita mampu mengharunginya kerana dalam al-quran ada tersebut

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 286) 



Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;


إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan


Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)


#moga aku terus dikuatkan yaALLAH untuk mengharungi segala bentuk ujian dari mu... aku bukanlah hamba yang kuat tanpa pertolongnMU dan berikanlah aku sentiasa meningatiMu kala senang dan susah...~~~~

PESTA KONVO UKM~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ha...nampak x tajuk untk entry kali ni..wa..hebat kan bunyinya."KONVO"..Apa yang terbayang dalam fikiran anda semua apabila saya menulis tajuk untk entry kali ni..mesti dalam kepala masing-masing terbayangkan pelajar - pelajar universiti memakai jubah konvokesyen yang pelbagai warna dan memegang jambakan bunga yang pelbagai-bagai warna dan saiz,,ya!..itulah keadaan dan suasana apabila adanya majlis konvokesyen..TAPI untuk entry kali ni,saya tidak mahu menceritakan suasana tersebut kerana saya belum lagi berpeluang untuk merasai keseronokan tersebut..DOAKAN saya boleh merasai keadaan tersebut.=).Amin~~~~~~~~


SEBENARNYA,untuk entry kali ni saya hendak menceritakan keseronokan pesta konvokesyen di UKM..hahaha..apa pulak perbezaaan majlis konvo dan pesta konvo ni?msti ramai yang pening kan..tp tak kurang juga ad yang telah mengetahuinya..pesta konvo ni diringkaskan disini adalah satu tempat dimana ramai orang yang datang untuk berniaga dan ad juga beberapa aktiviti yang dijalankan..kirannya,seperti EKSPO la..


Antara aktiviti yang saya sempat pergi untuk pesta konvo ini adalah forum perdana dan majlis penutupnya..Tajuk pada malam forum perdana tersebut ialah "ISLAM HANYA PADA NAMA"sungguh menarikkan tajuknya.ditambah pula dengan ahli panel yang ditampilkan untuk mengupas isu tersebut bukan lah calang-calang orang nya,,antaranya ialah ust fauzi iaitu pengacara al-kuliah,..

p/s:sori tak berapa nampak muka ahli panel sebab jauh sngat...
Untuk majlis penutup pesta ini,pihka penganjur telah menjemput Hafiz Hamidon ,kumpulan UNIC,dan kumpulan nasyid IN-TEAM untuk memeriahkan lagi majlis..konsert2 yang menampilkan artis2 kumpulan nasyid ini bnyak memberikan faedah kepada kita semua keran mereka bukan sahaja menghiburkan kita,tetapi dalam masa yang sama,mereka dapat juga berdakwah kepada kita semua dan sedikit sebanyak,kita juga telah mendapat manfaatnya=)

#ini sahajalah entry saya untuk kali ini..maaflah kalau x seronok..btw tq sebab sudi baca

Thursday, 25 October 2012

PENARIK REZEKI..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”





Hari ini,saya hendak berkongsikan satu cara-car untuk menunaikan solat sunat Dhuha.Mungkin ada antara kawan-kawan yang pernah mendengar mengenai solat sunat ini..Solat sunat Dhuha dilakukan bermula jam 8 pagi sehingga sebelum masuk waktu zohor.Jumalh rakaat yang boleh dilakukan adalah bermula 2 rakaat sehingga 12 rakaat dan setiap 2 rakaat, 1 salam atau 4 rakaat , 1 salam.


Cara mengerjakannya ialah sama seperti solat-solat yang lain CUMA:
  1. Berniat "usolli sunnatan dhuha rak'ataini lillahi Taala"(dalam bahasa arab) yang bermaksud "Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
  2. Membaca surah Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha pada rakaat pertama 
  3. Membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas pada rakat kedua
  4. Pada sujud yang terakhir,bacalah YA WAHHAB sebanyak 40 kali ..atau semampu yang boleh.
  5. Setelah selesai memberi salam,bacalah doa...
           maksudnya;


“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Kelebihan :

  • Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha.


  •  Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) 

Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. Dan juga solat 'magnet' rezeki!
  • " Setiap pagi semua sendi manusia bersedekah, iaitu dengan melakukan dua rakaat solat sunat dhuha, sama seperti sedekah membaca tasbih, membaca tahmid, membaca tahlil, membaca takbir, membuat amar makruf dan menjauhi mungkar " Hadis riwayat Muslim
                                                    #ayuh kita solat dhuha..=)