24.NOV .2012 merupakan 10 Muharam iaiatu merupakn hari ASYURA..mesti ramai yang akan teringat akan bubur asyura ..hehhehe...dan...mesti ramai yang akan berpuasa pada tarikh ini..ALHAMDULILLAH..tp,perlu diingatkan,untuk berpuasa pada hari ASYURA,perlu digandingkan sama 9 muharam &10 muharam atau 10 &11 muharam,,Ini bertujuan untuk membezakan puasa orang islam dan orang yahudi..kerana orang yahudi juga akan berpuasa pada 10 muharam...
Puasa Hari Asyura ini akan menghapuskan dosa setahun yang lalu (dosa kecil) :
“Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi)
- Bahkan puasa Hari Asyura adalah puasa sunat yg utama selepas puasa bulan Ramadhan :
“Baginda ditanya : Kemudian puasa yg mana yang lebih utama selepas puasa Ramadhan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam” (HR. Muslim)
- Pada hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berbelanja untuk ahli keluarga lebih daripada hari2 biasa.. atau memberikan duit belanja yang lebih kepada keluarga untuk tujuan menggembirakan ahli keluarga. InsyaAllah, Allah akan memurahkan rezekinya sepanjang tahun :
“Sesiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh Imam as-Suyuthi)
#ayuh kita berpuasa kerana ALLAH..
.jpg)
No comments:
Post a Comment