Tuesday, 22 January 2013

RiNdu RaSuLuLLaH ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah wa syukurillah atas segala nikmat kurniaanNYA di atas muka bumi ini..selawat dan salam keatas junjungan kita  Nabi Muhammad S.A.W,ahli keluarga dan sahabat baginda..Tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..Rahmat kasih sayang saya limpahkan buat pembaca sekalian...

Sedar tidak sedar,kita bakal menghadapi satu hari yang paling besar ertinya buat semua orang islam..iaitu Hari Kelahiran nabi kita iaitu MUHAMMAD S.A.W..Baginda yang telah banyak berjuang untuk umatnya sehinggakan sampai ke akhir hayat baginda juga masih lagi memikirkan umatnya..SUBHANALLAH betapa besarnya cinta baginda kepada kita..

Tetapi kita........adakah kita mengingati baginda??mungkin kita akan mengatakan "saya cinta RASULULLAH"tetapi apa buktinya cinta kita kepada baginda??ada kita menghidupkan sunnah baginda...??tanya diri sendiri ,jawapan dalam dada masing-masing...


Jadi, ayuh sahabat kita berselawat tanda kita mengingati baginda...kata guru saya,paling tidak,setiap hari pagi dan mlm cukuplah 10 kali..itupun paling sedikit kalau tak mampu sangat..Tak semestinya berselawat hanya lepas solat sahaja..semasa berjalan pun boleh berselawat juga..tapi janganlah berselawat dalam tandas dan tempat-tempat yang kotor..



#muhasabah diri...~~

No comments:

Post a Comment